Solat Sunat Fajar

Sunday, February 6, 2011 4 comments








Bismillah. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasullullah.

Dah lama tak update blog, macam2 sebab, busy, tak tahu nak tulis apa, etc.
Post yang ni pun sebenarnya dah siap lama, tp tak di publish je, sebab proses nak triple check dalil2 dan qaul2 ulama.


Mudah – mudahan diberikan kelapangan, kemudahan dan keinginan untuk terus mengupdate blog ni.


Apa – apa pong, moga mung dapat manfaat daripada entry ni. (post Terengganu trip syndrome)




Keutamaannya


Terdapat berbagai hadis yang menegaskan betapa besarnya keutamaan mengerjakan solat sunat Fajar dengan istiqamah. Antaranya:


عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ قَالَ هُمَا أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ الدُّنْيَا جَمِيعًا
 مسند أحمد: 24287
قال الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين


Dari Aisyah r.h.a dari Nabi SAW ketika menerangkan keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum Solat Fajar (Subuh), sabdanya
“Kedua rakaat itu lebih aku sukai daripada seluruh isi dunia”

(Riwayat Ahmad; Syuaib Al Arnaut : Sanad Sahih menurut syarat Sahihain [Bukhari & Muslim])




عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ


Dari Aisyah rha, katanya:
“Solat sunat yang paling mendapat perhatian Nabi SAW adalah solat sunat dua rakaat sebelum Subuh”

(Riwayat Muslim)


عَنْ عَائِشَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
 رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا



Dari Aisyah rha, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dua rakaat solat sunat Fajar itu lebih aku baik dari dunia dan segala isinya”

(Riwayat Muslim)



Meringankan Perlaksanaan Sunat Fajar



عَنْ حَفْصَةَ ابْنَةِ عُمَرَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ قَبْلَ الصُّبْحِ فِي بَيْتِي يُخَفِّفُهُمَا جِدًّا
قَالَ نَافِعٌ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ يُخَفِّفُهُمَا كَذَلِكَ
تعليق شعيب الأرنؤوط : حديث صحيح وهذا إسناد حسن



Dari Hafshah Bintu Umar, katanya:
“Rasulullah SAW selalunya mengerjakan solat sunat dua rakaat Fajar sebelum Subuh di rumahku dan beliau mengerjakannya dengan cepat.”
Nafi’ berkata: “Abdullah (Ibnu Umar) juga melakukannya dengan cepat.”

(Riwayat Ahmad, Ta’liq Syuaib Al Arnauth : Hadis Sahih, sanad hasan)



عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْغَدَاةِ فَيُخَفِّفُهُمَا حَتَّى إِنِّي لَأَشُكُّ أَقَرَأَ فِيهِمَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ أَمْ لَا
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين



Dari Aisyah, katanya:
“Rasulullah SAW selalunya mengerjakan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh dalam masa yang singkat. Sehingga, aku berasa ragu sama ada beliau membaca Surah Al Fatihah pada kedua – dua rakaat itu mahupun tidak.

(Riawayat Ahmad, Ta’liq Syuaib Al Arnauth: Sanad Sahih menurut syarat Bukhari & Muslim)



Berbaring Sesudah Solat Sunat Fajar


Ulama berbeza pendapat mengenai hukum berbaring setelah mengerjakan solat sunat Fajar. Pandapat yang lebih kuat adalah disunatkan bagi seseorang mengerjakan solat sunat Fajar di rumahnya, namun demikian tidak bagi orang yang mengerjakan dalam masjid.


Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqh Sunnah, menukilkan kata – kata daripada Al Hafiz Ibnu Hajar Asqalany di dalam Fathul Bari,
“Sebahagian ulama salaf berpendapat bahawa berbaring setelah mengerjakan solat sunat Fajar menjadi sunat bagi seseorang yang mengerjakannya di rumah, namun tidak demikian jika dikerjakan di masjid. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar dan dianggap kuat oleh sebahagian guru – guru kami memandangkan tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan Nabi SAW pernah mengerjakannya di dalam masjid.


Dalam satu hadis yang sahih dari Ibnu Umar, bahawa beliau pernah melempar seseorang yang berbaring di masjid dengan batu. Demikianlah keterangan ini dikeluarkan oleh Abu Syaibah” Ahmad ketika ditanya mengenai hukum berbaring, beliau menjawab :
“Aku sendiri tidak berbuat demikian, tetapi jikalau ada orang yang melakukannya, maka itu pun baik”
(Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq, Bab Solat – solat sunat)




عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ


Dari Aisyah rha, dia berkata,
“Adalah Nabi SAW apabila telah selesai mengerjakan solat sunat dua rakaat Fajar, beliau terus berbaring dengan menjadikan sebelah kanan bahagian tubuhnya sebagai alas”
(Riwayat Bukhari)


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا صَلَّى فَإِنْ كُنْتُ مُسْتَيْقِظَةً حَدَّثَنِي وَإِلَّا اضْطَجَعَ حَتَّى يُؤْذَنَ بِالصَّلَاةِ



Daripada Aisyah rha bahawasanya jika Nabi SAW telah mengerjakan solat sunat Subuh, sedang aku dalam keadaan terbangun, baginda akan berbicara denganku. Jika tidak demikian baginda akan berbaring sehingga azan (dikumandangkan iqamah) untuk mendirikan solat.

(Riwayat Bukhari)



Mengqada Solat Sunat Fajar


عَنْ جَدِّهِ قَالَ
 خَرَجَ إِلَى الصُّبْحِ فَوَجَدَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصُّبْحِ وَلَمْ يَكُنْ رَكَعَ رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ فَصَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ حِينَ فَرَغَ مِنْ الصُّبْحِ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ فَمَرَّ بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا هَذِهِ الصَّلَاةُ فَأَخْبَرَهُ فَسَكَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَضَى وَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا

تعليق شعيب الأرنؤوط : هذا حديث مرسل رجاله ثقات


“Suatu hari, ia keluar ke Masjid untuk berjemaah solat subuh. Setibanya di sana, ia mendapati Nabi SAW telah solat subuh, padahal ia belum menunaikan dua rakaat solat fajar. Maka, ia pun solat subuh bersama Nabi SAW. Setelah selesai, segera ia melaksanakan dua rakaat solat Fajar. Nabi SAW lalu mendatanginya, dan bertanya: solat apa ini? Ia pun memberitahu (bahwa itu solat Fajar). Nabi SAW pun diam dan berlalu, tidak mengatakan sepatah kata pun.”

(Riwayat Ahmad, Ta’liq Syuaib Al Arnauth: Hadis Mursal)


InsyaAllah, kita cuba amalkan amalan solat sunat fajar ini mengikut kemampuan kita.
Semoga bermanfaat.
Wallahualam


Nota kaki : Hadis Mursal – Hadis yang diriwayatkan oleh Tabi’in dan disandarkan terus kepada Nabi SAW dengan tidak menyebut nama sahabat yang menjadi perantaraan antara Tabi’in dan Nabi SAW.


Ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum beramal dengan Hadis Mursal.


Perbahasan ringkas mengenai kehujahan Hadis Mursal boleh dibaca di sini.


Perbahasan yang tak berapa nak ringkas pula boleh dibaca di sini




Rujukan:

1)    Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq (w 2000 M), jil 1, Al Hidayah Publications
2)   Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq (2000 M), Syamela
3)   Musnad Ahmad, Abu Abdullah Ahmad Ibn Muhammad Ibn Hanbal (w 241 H), Syamela
4)   Sahih Bukhari, Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al Bukhari (w 256 H), Syamela
5)   Sahih Muslim, Abu Al Husain Muslim Bin Al Hajjaj (w 261 H), Syamela

4 comments:

  • naimisa said...

    rajin-rajinkanlah, sebelum nanti anda mungkin terpaksa jadi malas kalau setiap blog kena dapatkan lesen.

    Hendak lesen akan kena bayar. Kemudian ke perbaharu lesen setiap tahun.

    Tunggu saja nanti pindaan akta untuk melesenkan weblog, portal, laman web dan facebook. Tunggu sidang parlimen bulan Mac 2011.

  • Anonymous said...

    Artikel yang bermanfaat insya Allah.

    Saya pagi tadi mendengar di ikim fm berkenaan solat sunat fajar ni, antara kebaikan ialah untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita daripada penyakit2 kronik contohnya darah tinggi, kencing manis, jantung, jika diamalkan secara konsisten dari usia muda.

    Wallahua'lam

  • Anonymous said...

    Artikel yang bermanfaat insya Allah.

    Saya pagi tadi mendengar di ikim fm berkenaan solat sunat fajar ni, antara kebaikan ialah untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita daripada penyakit2 kronik contohnya darah tinggi, kencing manis, jantung, jika diamalkan secara konsisten dari usia muda.

    Wallahua'lam

  • Anonymous said...

    Artikel yang bermanfaat insya Allah.

    Saya pagi tadi mendengar di ikim fm berkenaan solat sunat fajar ni, antara kebaikan ialah untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita daripada penyakit2 kronik contohnya darah tinggi, kencing manis, jantung, jika diamalkan secara konsisten dari usia muda.

    Wallahua'lam

Dengan Nama Allah. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya memohon pertolongan dan keampunan daripadaNya, kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan kejelekan amalan - amalan kita, barangsiapa yang Allah beri petunjuk, tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali hanya Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah
There was an error in this gadget

Friends

 

©Copyright 2011 My Life & Love | TNB