Kau & Aku

Sunday, February 20, 2011 0 comments






Bismillah. Alhamdulillah, wassalatu wasalamu ‘ala Rasulillah.


Sebelum kamu berfikir untuk menggunakan waktumu bersama para pemuda dalam hal ilmu, amal, dan dakwah,
Renungkanlah dan fikirkanlah mengenai:
·         Bagaimana hubunganmu dengan Allah?
·         Bagaimana dengan kekhusyukanmu dalam solat?


Bacalah sesuatu yang dapat memperbaiki diri dan solatmu, juga bacaan yang akan menambah kekhusyukan solat dan kelembutan hatimu.


Jika kamu ingin menjadi orang yang diterima doanya, maka hendaklah kamu melihat kepada kebenaran aqidah dan kelurusan manhaj hidupmu, serta kuatnya keyakinan dan tawakalmu kepada Allah. Perhatikan pula makanan dan minumanmu, adakah ia berasal daripada sumber yang halal atau haram? Atau di dalamnya ada sesuatu yang masih bersifat syubhat?


Apabila sesuatu keadaan menuntut dirimu untuk memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, maka apa yang akan kamu lakukan?


Kamu harus selalu memeriksa dan memperbaiki dirimu dari segala kekurangannya. Hadapkanlah dirimu kepada Al Quran serta As Sunnah, agar kamu dapat mengetahui siapa dirimu sebenarnya?


Lihatlah kembali bagaimana kedudukan Allah di sisimu.


·         Apakah kamu sudah bersedia untuk bertemu dengan Allah?
·         Apakah kamu telah memenuhi hak – hak hamba Allah ke atas dirimu? Atau mungkin kamu selalu menunda dan mengangguhkannya?
·         Apakah kamu pernah bertaubat dan menangis kerana merasa takut kepada Allah sepanjang hidupmu?
·         Apakah kamu telah mengamalkan apa yang telah kamu baca tentang cinta kerana Allah dalam bentuk cinta yang hakiki sesama saudaramu?
·         Apakah kamu sering mengunjungi mereka dan memaafkan segala kekhilafan mereka? Dan apakah kamu sudah menolong orang yang memerlukan bantuan di antara mereka, bergembira atas kebahagiaan mereka dan bersedih atas kedukaan mereka?
·         Apakah kamu sudah merasakan manis dan lazatnya iman?


Jika jawapannya ‘tidak’, maka renungkan kembali hadis Nabi SAW:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ



“Tiga sifat yang apabila ketiganya dimiliki oleh seseorang, nescaya dia akan merasakan manisnya Iman : Barangsiapa yang Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada selain keduanya, orang yang mencintai saudaranya, yang ia tidak menyintainya melainkan kerana Allah semata, dan orang yang benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya darinya, sebagaimana ia tidak suka dicampakkan kembali ke dalam api”
(Riwayat Bukhari & Muslim)


·         Apakah Allah dan RasulNya lebih kamu cintai daripada selain keduanya?
·         Apakah kamu lebih mengutamakan kecintaan kepada Allah daripada kecintaanmu terhadap harta dan hawa nafsu?


Kemudian perhatikanlah sifat yang kedua,iaitu “Menyintai saudaranya, yang ia tidak menyintainya melainkan kerana Allah semata”


·         Lihatlah hakikat cintamu kepada sesama saudaramu, mengapa kamu menyintainya?
·         Mengapa pula kamu membenci dan tidak menyukainya?
·         Mengapa kamu menyintai seseorang lebih dari yang lainnya?
·         Apakah kerana dia berasal dari suku dan kumpulanmu?
·         Apakah kerana harta dan jawatannya?
·         Apakah kerana kepentingan duniawi?
·         Atau semata – mata kerana orang tersebut mentaati perintah Allah dan mengerjakan amal soleh?


Mungkin kamu masih belum dapat merasakan manisnya iman itu. Lalu, di manakah kesalahannya? Mungkin sifat yang ketiga belum tercapai, iaitu “orang yang benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya darinya, sebagaimana ia tidak suka dicampakkan kembali ke dalam api”


·         Sekuat mana kebencianmu terhadap kekufuran?
·         Apakah kamu membencinya sebagaimana kamu benci apabila dilemparkan di dalam api?
·         Apakah kamu dapat merasakan kebencian tersebut?
·         Apakah rasa takut tersebut terdapat pada dirimu?


Maka sudah semestinya kamu perlu untuk mewujudkan perasaan ini pada dirimu, sehingga kamu dapat membentuk sikap ikhlas kepada Allah dan menyucikan jiwamu.


Renungkanlah hadis Ummu Salamah. Dia berkata bahawa kebanyakan doa Nabi adalah:


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


“Wahai Zat yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu”
(Riwayat Ahmad & Tirmidzi)


Renungkanlah pula bagaimana Nabi Ibrahim a.s. begitu takut kemungkinan dirinya terjerumus ke dalam kemusyrikan, baginda berdoa:


وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ ﴿٣٥﴾


…dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala – berhala.
(Ibrahim : 35)


Dan jangan lupa pula untuk merenungkan kembali doa Nabi Yusof a.s.:


تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿١٠١﴾


… sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
(Yusof : 101)


Sudah seharusnya kamu membahagiakan dirimu dengan rasa takut ini, dan kamu jalani hidup ini dengan penuh rasa risau sekiranya dirimu akan kekal di dalam Neraka dan tidak dikeluarkan darinya.


Apabila kelazatan iman itu terganggu atau berkurang, maka janganlah sesekali kau berdiam diri, sebab berapa ramai orang yang sanggup mengembara untuk menyembuhkan penyakit dalam tubuhnya? Berapa ramai orang yang mengeluarkan hartanya untuk mengubati penyakit jasmani? Namun bukankah mengubati jiwa dan hati harus lebih dipentingkan, kerana sifatnya yang abadi?


Sekadar perkongsian dan peringatan, walaupun banyak perkataan ‘kamu’ digunakan, ia sebenarnya buat diri sendiri juga yang masih banyak kelemahan dan salah silapnya. Semoga diri ini dapat mengikuti nasihat – nasihat yang dinukilkan, dan supaya dijauhkan daripada menjadi seperti sebuah lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain.


Wallahu’alam.

Diolah daripada “Prioriti dalam Ilmu, Amal dan Dakwah” oleh Syeikh Husain Bin ‘Audah

0 comments:

Dengan Nama Allah. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya memohon pertolongan dan keampunan daripadaNya, kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan kejelekan amalan - amalan kita, barangsiapa yang Allah beri petunjuk, tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali hanya Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah
There was an error in this gadget

Friends

 

©Copyright 2011 My Life & Love | TNB