Ulangkaji Bacaan Dalam Ruku' Dan Sujud

Sunday, November 21, 2010 1 comments









Bismillah. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Post kali ini ringkas je (ringkas la sangat) yang akan menyentuh perkara yang asas iaitu bacaan di dalam solat, lebih spesifik lagi kepada bacaan di dalam ruku’ dan sujud.

Masa aku budak kecik dan mentah dulu, aku ingat lagi bersusah payah cuba menghafal bacaan – bacaan dalam solat. Itu boleh dikira peringkat awal dalam mengenal dan mempraktikkan solat. Dan sampai satu ketika semasa umur remaja ini, aku mula berminat ingin mengetahui kenapa kena baca bacaan tertentu, apakah dalilnya, sama daripada ada al quran ataupun as sunnah, pendapat mana yang lebih rajih dan sebagainya. Kira macam second stage dalam belajar mengenai solat. Dan antara perkara – perkara yang aku temui yang mungkin berbeza sedikit daripada ilmu yang aku ada semasa dalam first stage adalah bacaan dalam ruku’ dan sujud.

Kalau masa darjah satu, setiap pelajar darjah satu sekolah aku dibekalkan dengan sebuah buku fardhu ain, di mana di dalamnya dinukilkan bacaan di dalam ruku’ dan sujud adalah:


سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan pujian bagiNya

سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan pujian bagiNya




Bacaan ini diambil daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam kitab sunannya:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ - يَعْنِى ابْنَ سَعْدٍ - عَنْ أَيُّوبَ بْنِ مُوسَى - أَوْ مُوسَى بْنِ أَيُّوبَ - عَنْ رَجُلٍ مِنْ قَوْمِهِ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ بِمَعْنَاهُ زَادَ قَالَ
فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا رَكَعَ قَالَ « سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ ». ثَلاَثًا وَإِذَا سَجَدَ قَالَ « سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ ».ثَلاَثًا.
 قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَهَذِهِ الزِّيَادَةُ نَخَافُ أَنْ لاَ تَكُونَ مَحْفُوظَةً. قَالَ أَبُو دَاوُدَ انْفَرَدَ أَهْلُ مِصْرَ بِإِسْنَادِ هَذَيْنِ الْحَدِيثَيْنِ حَدِيثِ الرَّبِيعِ وَحَدِيثِ أَحْمَدَ بْنِ يُونُسَ.


Terjemahan:

Telah menerangkan kepada kami Ahmad bin Yunus, telah menerangkan kepada kami Al-Laets, yakni Ibnu Sa'ad, dari Ayyub bin Musa atau Musa bin Ayyub, dari seseorang dari kaumnya, dari Uqbah b 'Amir dengan penambahan maknanya,
beliau berkata Rasulullah saw apabila baginda saw ruku’, baginda saw mengucapkan ‘subhanarabbiyal azhimi wa bihamdihi’ tiga kali, dan apabila baginda saw sujud, baginda mengucapkan ‘subhanarabbiyal a’la wa bihamdihi’ tiga kali.

Berkata Abu Daud: Dan tambahan ini [yang dimaksudkan ialah lafaz ‘wa bihamdihi], kami takuti ia tidak terpelihara. Berkata Abu Daud: Ahli Mesir bersendirian (didalam meriwayatkan) dengan isnad kedua-dua hadith ini, iaitu hadith ar-Rabi’ dan hadith Ahmad bin Yunus.
(Riwayat Abu Daud)

Hadis ini dan juga beberapa hadis lain mengenai lafaz ruku’ dan sujud seperti di atas dinilai dhaif antaranya oleh Imam An-Nawawi dan Ibnu Hajar As-Asqalani. Boleh rujuk di sini.

Dan lafaz daripada hadis – hadis yang sahih pula adalah seperti berikut:


عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَافْتَتَحَ الْبَقَرَةَ فَقُلْتُ يَرْكَعُ عِنْدَ الْمِائَةِ ثُمَّ مَضَى فَقُلْتُ يُصَلِّي بِهَا فِي رَكْعَةٍ فَمَضَى فَقُلْتُ يَرْكَعُ بِهَا ثُمَّ افْتَتَحَ النِّسَاءَ فَقَرَأَهَا ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرَانَ فَقَرَأَهَا يَقْرَأُ مُتَرَسِّلًا إِذَا مَرَّ بِآيَةٍ فِيهَا تَسْبِيحٌ سَبَّحَ وَإِذَا مَرَّ بِسُؤَالٍ سَأَلَ وَإِذَا مَرَّ بِتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ ثُمَّ رَكَعَ فَجَعَلَ يَقُولُ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ فَكَانَ رُكُوعُهُ نَحْوًا مِنْ قِيَامِهِ ثُمَّ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ثُمَّ قَامَ طَوِيلًا قَرِيبًا مِمَّا رَكَعَ ثُمَّ سَجَدَ فَقَالَ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى فَكَانَ سُجُودُهُ قَرِيبًا مِنْ قِيَامِهِ
قَالَ وَفِي حَدِيثِ جَرِيرٍ مِنْ الزِّيَادَةِ فَقَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ


Dari Hudzaifah r.a., katanya:
"Pada suatu malam, aku solat mengikuti Nabi SAW lalu beliau membaca surat Al Baqarah. Aku mengira beliau akan ruku' setelah bacaan sampai seratus ayat, tetapi ternyata beliau terus saja. Setelah itu kukira beliau akan mencukupkan surat Al Baqarah itu saja untuk satu rakaat, ternyata beliau meneruskannya dengan surat An Nisa', sesudah itu menyambungnya pula dengan surat Ali 'Imran. Bila beliau membaca ayat tasbih, beliau tasbih, dan bila beliau membaca ayat yang memerintahkan supaya bermohon, beliau bermohon, dan apabila beliau membaca ayat ta'awwudz (ayat yang memerintahkan supaya berlindung dari bencana), beliau memohon perlindungan. Kemudian beliau ruku'. Dalam ruku' beliau membaca: "Subhana rabbiyal 'azhim." (Maha Suci Tuhan ku yang Maha Agung). Dan lama beliau ruku', hampir sama lamanya dengan berdirinya. Kemudian beliau membaca: 'Sami'allahu liman hamidah." (Allah Maha Mendengar akan orang yang memuji-Nya). Kemudian beliau berdiri dan lamanya berdiri lebih kurang sama dengan lamanya ruku'. Sesudah itu beliau sujud, dan dalam sujud beliau membaca: "Subhana rabbiyal a'la." (Maha Suci Tuhan ku Yang Maha Tinggi). Lama beliau sujud hampir sama dengan lamanya berdiri."
Sementara di dalam hadis Jarir terdapat tambahan; Beliau membaca: ‘sami'allahu liman hamidah rabbanaa lakal hamdu’ (Allah Maha Mendengar akan orang yang memuji-Nya, Ya Tuhan kami bagi-Mu segala puji)."
(Riwayat Muslim)




حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ أَنْبَأَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْأَعْمَشِ قَال سَمِعْتُ سَعْدَ بْنَ عُبَيْدَةَ يُحَدِّثُ عَنْ الْمُسْتَوْرِدِ عَنْ صِلَةَ بْنِ زُفَرَ عَنْ حُذَيْفَةَ
أَنَّهُ صَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَفِي سُجُودِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَمَا أَتَى عَلَى آيَةِ رَحْمَةٍ إِلَّا وَقَفَ وَسَأَلَ وَمَا أَتَى عَلَى آيَةِ عَذَابٍ إِلَّا وَقَفَ وَتَعَوَّذَ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Terjemahan:
Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Daud berkata; telah memberitakan kepada kami Syu'bah dari Al A'masy berkata; aku mendengar Sa'd bin Ubaidah menceritakan dari Al Mustaurid dari Shillah bin Zufar dari Hudzaifah bahwasanya ia pernah solat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dan dalam rukuknya beliau membaca: "SUBHAANA RABBIAL AZHIIM (Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung) dan dalam sujudnya beliau mengucapkan: "SUBHAANA RABBIAL A'LA” (Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi)." Dan tidaklah beliau melewati ayat yang berbicara tentang rahmat, beliau berhenti (berdo'a meminta rahmat), dan tidaklah beliau melewati ayat yang berbicara tentang seksa kecuali beliau berhenti dan berlindung."
Abu Isa(Imam Tirmidzi) berkata; "Hadits ini darjatnya hasan shahih."
(Riwayat Tirmidzi)



Sebenarnya ada lafaz – lafaz lain yang dinilai sahih atau hasan, tapi yang biasa dinukilkan dalam kitab – kitab fiqh adalah hadis di atas. Terdapat berbagai-bagai bacaan yang dibaca Rasulullah saw ketika dalam ruku’ dan sujud. Kita boleh saja kita memilih mana-mana bacaan untuk diamalkan asalkan ianya daripada keterangan yang boleh dijadikan hujah. Dan jangan pula kita mencela, mengeji, memarahi mereka – mereka yang membaca tasbih dengan tambahan ‘wa bihamdihi’ kerana setiap orang beramal sesuai dengan ilmu yang mereka miliki.

Just personal opinion, tinggalkan apa yang meragukan kepada yang tidak meragukan.
Jika mempunyai pilihan, pilihlah hadis yang sahih, especially dalam perkara yang sangat penting macam solat.

وقال رسول الله صلى الله عليه و سلم
: دع ما يريبك إلى ما لا يريبك
تعليق شعيب الأرنؤوط : حديث صحيح , وهذا إسناد ضعيف

Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkan apa yang meragukan kamu, kepada perkara yang tidak meragukan kamu.
(Riwayat Ahmad; Syuaib Al-Arnauth, Hadis Sahih, Isnad Dhaif)

Sekian, semoga bermanfaat.
Wallahualam.

1 comments:

  • Sharaf said...

    Assalamualaikum. Saya (penulis artikel) sangat - sangat mencadangkan sesiapa yang membaca artikel ini merujuk atau membeli buku 'Formula Solat Sempurna' karangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (http://www.zaharuddin.net/).

    Ia sebuah buku fiqh solat yang sesuai untuk dibaca oleh orang awam mahupun para ilmuan.

    Di dalamnya ada menyentuh mengenai perbezaan bacaan di dalam ruku' dan sujud

    Boleh juga merujuk Majalah Solusi isu 20 dan 23, di ruangan Info Solat.

    Wallahualam

Dengan Nama Allah. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya memohon pertolongan dan keampunan daripadaNya, kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan kejelekan amalan - amalan kita, barangsiapa yang Allah beri petunjuk, tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali hanya Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah
There was an error in this gadget

Friends

 

©Copyright 2011 My Life & Love | TNB