Kisah Abu Bakar As - Siddiq R.A

Friday, March 19, 2010 1 comments

Dalam sebuah hadis, dinyatakan bahawa terdapat 10 sahabat yang dijanjikan syurga, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Thalhah, Zubair, Abdurrahman bin Al’ Auf, Saad Bin Abi Waqqash, Sa’id Bin Zaid dan Abu Ubaidah Bin Al jarrah.

(Aku tak dapat nak letak matan asal hadis sebab terdapat beberapa matan yang membawa maksud yang sama dan tak pasti mana yang lebih sahih & aku pun malas nak cari dalam kitab mutun hadis. Tapi, basically 10 orang di atas disebut nama mereka dalam hadis – hadis berkenaan.)

Itulah antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. InsyaAllah, aku ingin berkongsi (padahal extract dari buku) sedikit kisah menarik sahabat yang pertama iaitu Abu Bakar r.a.

Abu Bakar r.a. adalah orang yang pertama sekali memeluk Islam dari kalangan lelaki. Beliaulah orang yang menemani Rasulullah , orang yang lembut hatinya lagi penyayang. Seorang lelaki yang kuat hubungannya dengan Allah dan orang yang senantiasa memerdekakan budak.

Diriwayatkan bahawa Umar bin Al Khattab r.a. berkata :

“Suatu hari Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam pernah memerintahkan kepada kami untuk bersedekah. Kebetulan, perintah Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam tersebut bertepatan ketika aku memiliki harta yang banyak.

Lalu aku berkata, “Hari ini aku akan mendahului Abu Bakar jika pada hari ini aku mampu mengunggulinya dalam bersedekah.”

Kemudian aku datang kepada Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam dengan membawa setengah daripada hartaku, maka Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bertanya, “ Apa ynag kamu tinggalkan untuk keluargamu?” Aku menjawab , “ Harta sejumlah itu juga.”

Umar melanjutkan , “Lalu datanglah Abu Bakar r.a. dengan membawa semua yang dimilikinya, kemudian Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda kepadanya, “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?” Abu Bakar menjawab, “ Aku tinggalkan Allah dan RasulNya untuk mereka”. Aku berkata, “ Demi Allah, selamanya aku tidak dapat mengunggulinya sedikitpun.”

(HR At-Tirmidzi dalam Al-Manaqib, bab Manaqib Abu Bakar wa Umar: 5/614 dan At-Tirmidzi berkata, “Hadis ini Hasan Sahih”)

Beliau juga adalah seorang yang selalu terdahulu dalam melakukan kebaikan. Dalam satu majlisnya, Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabatnya, “Siapakah di antara kalian yang pagi ini berpuasa?.” Semua sahabat diam, lalu Abu Bakar r.a. berkata, “Saya.”

Kemudian Rasulullah melontarkan pertanyaan kedua kepada mereka, “Lalu siapakah di antara kalian yang ada pada hari ini telah menghantar jenazah?” Semua sahabat yang hadir di situ terdiam, lalu Abu Bakar berkata, “Saya.”

Kemudian Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam melontarkan pertanyaan ketiga, “Lalu siapakah di antara kalian yang pada hari ini telah memberi makan orang miskin?” Tidak ada seorangpun dari para sahabat yang menjawab. Tetapi Abu Bakar kembali berkata, “Saya.”

Kemudian Nabi sallallahu’alaihi wa sallam melontarkan pertanyan keempat, “Lalu siapakah di antara kalian yang telah menjenguk orang sakit?” Lagi - lagi orang yang hadir di situ terdiam. Lalu Abu Bakar r.a. menjawab, “Saya.”

Setelah itu Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidaklah amalan – amalan itu terkumpul pada diri seseorang, kecuali ia pasti masuk syurga.”

(HR Muslim)

Disebutkan dalam satu riwayat bahawa Ali bin Abi Talib r.a. pernah bertanya kepada manusia dalam salah satu pidato beliau di hadapan mereka, “Wahai manusia, siapakah manusia yang paling berani di muka bumi ini?” Mereka menjawab, “Anda wahai Amirul Mukminin!”

Beliau membalas, “Bukan, adapun saya hanyalah orang yang selalu menang di perang tanding. Tetapi orang yang paling berani adalah Abu Bakar As – Siddiq,” tegas beliau.

Sungguh, ketika Perang Badar sedang berkecamuk, kami bersepakat menjadikan salah seorang di antara kami sebagai perisai bagi Rasulullah S.A.W. Maka kami berkata, “Siapa yang mahu berperang mendampingi Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam untuk menghalau setiap orang musyrik yang hendak mendekati baginda sallallahu’alaihi wa sallam?”

Demi Allah, tidak ada seorang pun di antara kami yang mendekati kepada Rasul kecuali Abu Bakar r.a. sambil memegang pedang di atas kepala Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam (untuk melindungi Baginda). Dan setiap ada seorang musyrikin yang mendatangi Baginda, maka beliau, Abu Bakar r.a. akan menghalaunya. Maka dialah manusia yang paling berani”

Ali r.a. menyambung, “Ketika di Makkah, orang – orang Quraisy memukul Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam, ada yang menarik - nariknya serta ada pula yang menggoncang – goncang Baginda dan mereka berkata, “Kamukah orang yang yang telah menjadikan banyak ilah hanya kepada satu ilah sahaja?”

Demi Allah tidak ada seorangpun dari kami yang berani mendekati Baginda selain Abu Bakar r.a. Beliau pun segera membalas pukulan orang – orang Quraisy itu, mengancam, serta menggoncang – goncangkan sambil berkata, “Celaka kalian, apakah kalian hendak membunuh seseorang yang mengatakan bahawa Rabb ku adalah Allah.”

Kemudian Ali r.a. melanjutkan pertanyaannya, “Saya sumpah kalian di atas nama Allah S.W.T. Jawablah! Siapa yang lebih baik, orang mukmin dari keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya atau Abu Bakar r.a.?

Maka orang ramai pun terdiam. Lalu Ali melanjutkan, “Kenapa kalian tidak menjawab? Demi Allah , sungguh, sesaat waktu yang dilalui oleh Abu Bakar lebih baik dari harta sepenuh bumi yang yang dimiliki orang mukmin dari keluarga Firaun itu. Kerana orang mukmin dari keluarga Firaun itu menyembunyikan keimanannya, sedangkan Abu Bakar mengumumkan keimanannya.”

(Lihat Ar – Riyadh An – Nudhrah fi manaqibil ‘Asyrah, karya Al – Muhibb Ath – Thabari,hlm 64, dan Al – Bidayah wan Nihayah : 3/272)

Pada saat wafatnya Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam, orang – orang beriman diuji dengan ujian yang hebat. Abu Bakar datang dengan menaiki kudanya dari rumahnya di daerah Sunh. Kemudian beliau turun dan masuk ke dalam masjid, beliau tidak berbicara kepada manusia hingga beliau masuk menemui Aisyah r.a.

Kemudian beliau melihat Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam dalam keadaan diselimuti dengan kain burdah Baginda, kemudian beliau menyingkap kain yang menutupi wajah Baginda, lalu memeluk dan menciumnya setelah itu menangis. Lalu beliau berkata, “Sungguh, Allah tidak mengumpulkan bagi anda dua kali kematian. Adapun kematian yang telah ditetapkan Allah untuk anda sekarang ini, bererti anda benar – benar telah meninggal.”

Kemudian beliau keluar, sedangkan ketika itu Umar r.a. sedang berbicara kepada manusia. Lalu, beliau berkata kepada Umar, “Duduklah,” namun Umar r.a. menolak.

Maka Abu Bakar pun mengucapkan syahadah, sehingga orang – orang berpaling kepada beliau dan meniggalkan Umar. Lalu beliau berkata, “Amma ba’du,….. Barang siapa yang beribadah kepada Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah meninggal. Akan tetapi siapa yang beribadah kepada Allah S.W.T, maka sesungguhnya Allah Maha hidup dan tidak akan pernah mati.”

Allah telah subhana wata’ala telah berfirman :

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤﴾

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).”

(Ali – Imran [3] : 144)

Aishah r.a. berkata, “Maka demi Allah, seakan – akan manusia belum pernah mengetahui bahawa Allah telah menurunkan ayat ini sebelumnya, sampai ayat tersebut dibaca oleh Abu Bakar r.a. Lalu manusia mendengarnya dari Abu Bakar. Setelah itu, tidaklah aku mendengar seseorang kecuali ia pasti membacanya.”

(HR Bukhari dalam kitab Al- Jana’iz, bab : Ad-Dukhul’Alal Mayyiti Idza Udrija Fi Akfanihi dan kitab : Fadha’ilish Shahabah, bab : Lau Kuntu Muttakhidzan khalilan.)

Abu Hurairah r.a. berkata , “Tatkala Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam wafat dan Abu Bakar diangkat menjadi khalifah setelah Baginda sallallahu’alaihi wa sallam, serta banyak orang Arab yang menjadi kafir, Umar Al – Khattab berkata kepada Abu Bakar, “ Bagaimana mungkin kamu akan memerangi manusia, padahal Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam telah bersabda :

“Saya diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mengatakan Lailaha illallah. Maka siapa sahaja yang telah menyatakan Lailaha illallah, bererti harta dan jiwanya telah terjaga dari saya kecuali dengan haknya, sedangkan hisabnya dikembalikan kepada Allah.”

Maka Abu Bakar r.a. berkata, “Demi Allah, aku benar – benar akan memerangi sesiapa sahaja yang memisahkan antara solat dan zakat, kerana sesungguhnya zakat adalah hak harta. Demi Allah! Seandainya mereka menolak untuk membayarkan tali pengikat leher unta kepadaku sebagaimana yang dahulu mereka bayarkan kepada Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam, aku pasti akan memeranginya atas penolakannya tersebut.”

Umar bin Khattab pun kemudian berkata, “Maka demi Allah, tidaklah kejadiannya setelah itu aku mengetahui kalau Allah telah melapangkan dada Abu Bakar untuk memerangi mereka, sehingga aku mengetahui kalau ia berada di atas kebenarn.”

(HR Muslim dengan lafaznyadi dalam kitab Al – Iman , bab : Al – Amru Biqitalinnasi hatta yaqulu : Lailaha illallah : 1/51, dan Al – Bukhari di dalam kitab : Az – Zakah, bab : Wujubuz Zakah)

Begitulah antara kisah seorang sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam, iaitu Abu Bakar r.a.

Semoga kita dapat mengambil sedikit pengajaran daripada perjalanan hidup seorang lelaki yang sentiasa membenarkan kata – kata Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam.

Jika terdapat kesilapan dari segi dalil, fakta sejarah atau apa sahaja, mohon teguran.

Wallahualam

1 comments:

  • Anonymous said...

    berkongsi ttg Saidina Abu Bakar...
    di saat akhit kematiannya dia berjumpa dgn Saidina Umar Al-Khattab dan memberi beberapa nasihat...
    dan salah satunya " kebenaran itu berat seperti beratnya timbangan untuk ke syurga dan kebatilan itu ringan seperti ringannya timbangan ke neraka"

    maksudnya...kebenaran itu susah utk kita lakukan, perlu tempuhi pelbagai mehnah utk mndapat syurga abadi, krn syurga itu hny layak utk golongan yg sanggup mati krn Allah...

    kebatilan itu...betapa mudah utk kita lakukan...malah berulang kali...
    namun hny Allah tmpat kembali...

Dengan Nama Allah. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya memohon pertolongan dan keampunan daripadaNya, kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan kejelekan amalan - amalan kita, barangsiapa yang Allah beri petunjuk, tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali hanya Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah
There was an error in this gadget

Friends

 

©Copyright 2011 My Life & Love | TNB