Ilmu mustolah al-hadis

Sunday, December 20, 2009 0 comments
(Dicopy drpd note di fb oleh seniorku, diharap dgn perkongsian ini dapat membantu diri saya sendiri dan rakan2 untuk mengenali ilmu hadis)

Bismillah

Alhamdulillah selawat dan salam keatas Rasulullah

Ini adalah sedikit ringkasan tentang ilmu mustolah al-hadis yang saya salin dari buku syarah riadhus solihin oleh syeih uthaimin. Penterjemah cik rosmalizawati abd rashid telah membuat ringkasan tentang ilmu mustolah al-hadis bagi memudahkan pemahaman para pembaca kitab-kitab hadis. Saya rasa benda ini berguna ianya ringkas dan padat. Sebelum membaca kitab-kitab hadis ada baiknya kita menimba sedikit ilmu tentang mustolah hadis. Cukup celoteh saya kita teruskan.

Bahagian A : PENGENALAN

1)
Takrif mustolah hadis

Maksud mustolah hadis ialah
ilmu yang berkaitan istilah-istilah hadis seperti hadis hasan, hadis dhaif, hadis sahih, hadis sahih lizatih, hadis sahih lighairi, hadis mauquf, hadis marfu dan sebagainya.

2)
Takrif al-hadis

Hadis bermaksud
apa-apa yag datang daripada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, percakapan, sifat akhlak dan juga sifat kejadian sama ada sebelum baginda diutus menjadi rasul ataupun selepasnya.

3)
pengertian as-sunnah

Dari segi bahasa as-Sunnah bermaksud
jalan atau cara hidup sama ada terpuji ataupun tercela. Dari segi istilah, para ulama hadis mengatakan takrifnya adalah sama dengan hadis. Lawan bagi as-sunnah adalah bid’ah

4)
pembahagian sunnah

a)
Sunnah qauliyah (percakapan). Ianya mengandungi kata-kata Rasulullah sama ada dalam bentuk nasihat, amaran dan sebagainya contoh termudah sunnah qauliyah ialah hadis tentang niat.

Nabi s.a.w bersabda : setiap amalan bergantung kepada niatnya dan setiap seseorang memperoleh apa yang dia niatkan (H/R Bukhari)

b)
Sunnah fi’liyah (perbuatan). Ianya mengandungi perbuatan-perbuatan rasulullah seperti tatacara bersolat, berpuasa, zakat, haji dan sebagainya.
Contoh adalah mafhum hadis :
adalah rasulullah s.a.w bertakbir 4 kali dalam solat jenazah (H/R Bukhari)

c)
Sunnah taqririyah (pengakuan). Ianya mengandungi pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap beberapa perbuatan tanpa ada sebarang bantahan.
Contohnya perbuatan khalid memakna dhab dihadapan rasulullah.
Rasulullah s.a.w tidak memakan dhab tapi tidak melarang khalid dan bila rasulullah ditanya adakah ianya haram baginda menjawab tidak (H/R Bukhari)

d)
Sunnah khalqiah (kejadian). Ianya menerangkan tentang sifat-sifat fizikal rasulullah. Contohnya hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah (H/R Bukhari)

e)
Sunnah khuluqiah (akhlak). Ianya menerang tentang akhlak-akhlak rasulullah.
Contohnya ialah hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling pemalu berbanding perempan yang belum berkahwin yang berselindung dibalik tabir (H/R Bukhari)

5)
perbezaan antara hadis dan atsar

Ulama berbeza pendapat tentang perngertian hadis dan atsar.
Ada yang mengatakan bahawa hadis dan atsar mempunyai makna yang sama dan ini adalah pendapat imam Muslim, Imam tahawi dan imam tabari. Ulama lain pula mengatakan bahawa hadis adalah apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w tetapi atsar adalah apa-apa yang disandarkan kepada selain nabi s.a.w seperti sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in.


6)
Peranan sunnah dalam Islam

a)
menguatkan nas-nas al-Quran
b) berfungsi
menerangkan nas-nas yang bersifat umum seperti nas solat. as-sunnah menerangkan tatacara bersolat
c) as-sunnah
membatasi (taqyid) nas al-Quran yang bersifat mutlak (tidak terbatas)
d) as-Sunnah berfungsi
menguatkan hukum yang terdapat asasnya dalam al-Quran


Bahagian B : ISTILAH HADIS

1) Sanad dan matan

Hadis dalam kita-kitab hadis terbahagi kepada dua komponen. Iaitu sanad dan matan.
Sanad ialah rangkaian perawi yang menghantarkan kepada matan sesuatu hadis. Matan pula ialah isi kandungan sesuatu hadis yang berada diakhir sanad.

Contoh hadis penuh :

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : ( إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه )


Maksud : Telah menceritakan kepada kami al-Humaidi, Abdullah bin az-Zubair, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Sufyan, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id al-Anshari, ia berkata; Telah memberitahukan kepadaku Muhammad bin Ibrahim at-Taimi bahwasannya ia mendengar ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata; Aku mendengar Umar bin Khaththab ra berkata di atas mimbar; Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya semua perbuatan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya (diniatkan) kepada dunia yang akan diperolehnya, atau perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya (dibalas) kepada apa yang ia niatkan (H/R Bukhari)

Biasa kalau kita baca kitab-kitab hadis terkadang mereka mulakan dengan dari umar al-khattab. ini adalah kerana mereka memudahkan orang awam. Mereka hanya menukilkan rijal pertama hadis sahaja. ok sekarang kita teruskan kembali. Yang dinamakan sanad ialah :

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول

Maksud : Telah menceritakan kepada kami al-Humaidi, Abdullah bin az-Zubair, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Sufyan, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id al-Anshari, ia berkata; Telah memberitahukan kepadaku Muhammad bin Ibrahim at-Taimi bahwasannya ia mendengar ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata; Aku mendengar Umar bin Khaththab ra berkata di atas mimbar; Rasulullah saw bersabda

Manakala matan pula :

( إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه )


Maksud : Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya semua perbuatan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya (diniatkan) kepada dunia yang akan diperolehnya, atau perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya (dibalas) kepada apa yang ia niatkan

Apabila tercantum kedua-dua komponen sanad dan matan maka menjadilah ia yang kita panggil hadis.

2) Istilah kitab

Sering kita lihat juga apabila kita membaca buku mereka menyebut kutub as-sittah (kitab yang enam). Yang dimaksudkan dengan kitab yang enam adalah
kitab sahih bukhari, sahih muslim, sunan tirmizi, sunan abu daud, sunan an-nasai dan sunan Ibnu Majah. Untuk kedua-dua sahih bukhari dan muslim bukanlah sebenarnya nama sebenar kedua-dua kitab tersebut tetapi sebenarnya panjang lagi. untuk kitab sahih bukhari nama asal kitab tersebut ialah al-Jami as-sahih al-Musnadal-Mukhtasar min umuri Rasulullah s.a.w wa ayyamihi. Untuk kitab sahih muslim saya tidak mengetahuinya begitu juga kitab-kitab sunan. Yang dimaksud dengan kitab Sunan adalah kitab yang ditulis dengan mengikuti urutan bab fiqh, seperti Iman, Thaharah, salat, zakat, dan seterusnya manakala kitab musnad pula ialah kitab yang meriwayatkan hadis mengikut pengkategorian sahabat yang meriwayatkan hadis ianya berbeza dengan kitab sunan yang mengumpulkan hadis mengikut susunan fiqh. Selepas itu lahir pula kitab-kitab yang semakin memudahkan golongan awam seperti kitab bulughul maram oleh Ibnu Hajar al-Asqalany yang mengumpulkan hadis daripada kitab-kitab hadis yang lain. Al-Muntaqa oleh saudara taqiuddin bin Taimiyah iaitu Abdus salam bin taimiyah. Misykatul masabih, Riadhus solihin Imam nawawi dan banyak lagi.

3) Gelaran keahlian bagi imam-imam hadis

a)
al-Musnid : orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya baik mengusai ilmua hadis atau tidak

b)
al-Muhaddis : gelaran ini ditujukan kepada mereka yang mengusai ilmu dirayah dan riwayah, mendalami kecacatan dan sanad sesuatu hadis, dia juga menghafal sekurang-kurang 100 buah hadis, mengetahui perawi-perawi hadis dan riwayat yang ada pada zamannya.

c)
Al-Hafiz : adalah orang yang menghafal hadis sekurang-kurangnya 100 000 hadis beserta sanad dan matannya. dia menguasai ilmu dirayah dan riwayah. Jumlah hadis yang diketahuinya adalah lebih banyak daripada yang dia tidak ketahui. Dia adalah orang yang dapat mensahihkan sanad dan matan dengan baik serta dapat menjarh (mencela) dan menta’dil (memuji) rawi sesuatu hadis. Contoh al-Hafiz ialah Imam al-Khatib al-Baghdadi, Imam az-Zahabi, al-Iraqi (pentaqiq kitab Ihya Ulumuddin), Ibnu Hajar al-Asqalany, Ibnu Daqiqil Ied

d)
Al-Hujjah : hampir sama sahaja dengan al-Hafiz Cuma mereka menghafal hadis lebih kurang 300 000 buah hadis beserta sanad dan matan. Mereka juga dikatakan lebih mengetahui biograwi rawi dengan baik. Contoh al-hujjah ialah Muhammad Abdullah bin Amr, Imam Sufyan bin uyainah, Imam Tabrani, Imam ad-Darimi

e)
Al-Hakim : darjat mereka lebih tinggi daripada al-hujah. sangat dalam ilmu mereka tentang hadis sama ada jarh dan ta’dil suatu rawi matan dan sanad dan sebagainya. Contoh al-Hakim ialah Imam Malik, Imam syafie, Imam laits bin saad, Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi.

f)
Amirul Mukminin fil hadis : ini adalah darjat tertinggi bagi semua imam hadis. Mereka menjadi sumber utama dalam dunia hadis. Mereka berfungsi seperti khlaifah yang menyampaikan sunnah. Contoh amirul mukminin dalam hadis ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Sufyan ats-sauri, Imam Ishaq. Sesetengah buku mencatatkan bahawa Ibnu Hajar al-Asqalany juga termasuk golongan ini. wallahu a’lam

3)
Pembahagian hadis

Ilmu hadis dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian

a) pembahagian hadis
mengikut perawi

sesuatu hadis dapat kita bahagikan mengikut jumlah perawi yang meriwayatkannya ianya terbahagi kepada 2 iaitu

1)
Hadis Mutawatir : hadis yang diriwayatkan oleh oleh sejumlah besar rawi sehingga mustahil bagi mereka bersepakat untuk berdusta. Hadis mutawatir terbahagi kepada 2 iaitu mutawatir lafzi dan mutawatir maknawi

2)
Hadis ahad : hadis ahad ialah hadis yang tidak mencukupi syarat mutawatir. Hadis ahad terbahagi kepada tiga. Ahad gharib, aziz dan masyhur

p/s :
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENERIMA PENGKHABARAN DARIPADA NABI SAMA ADA AHAD ATAU MUTAWATIR. DAN KITA MENGGUNAKAN SEMUA HADIS TERSEBUT SETELAH DIMAKLUMI KESAHIHANNYA SEBAGAI HUJAH DALAM SEGALA ASPEK SEPERTI AKIDAH, IBADAT DAN SEBAGAINYA. MUNGKIN ADA YANG KURANG FAHAM STATEMENT SAYA INI TAPI PERCAYALAH SOMEDAY IT WILL BE USEFULL.

b) Pembahagian hadis
mengikut kesahihan

sesuatu hadis dapat kita bahagikan kepada sahih, hasan, dhaif dan palsu.

1)
Hadis sahih : hadis yang memenuhi syarat-syarat sahih iaitu dinisbahkan kepada nabi, sanadnya bersambung yakni setiap periwayat mendengar secara langsung dari gurunya, para perawinya adil dan kuat hafalan (maksud adil ialah dia adalah seorang bertaqwa, menjaga kehormatan diri, menjauhi perkara buruk seperti syirik, fasiq dan bid’ah), tidak syadz (maksudnya tidak ganjil/bertentangan daripada hadis-hadis sahih yang lain) dan tidak ada illah (maksudnya tidak ada kecacaan/aib/penyakit yang tersembunyi pada hadis tersebut)

2)
hadis dhaif : hadis dhaif ialah hadis-hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis yang sahih. hadis yang dhaif dapat dibahagikan kepada 3 bahagian

i) dhaif kerana sanad. Bila kita baca kitab pastikan take note istilah dibawah yang mengisyaratkan kedhaifan suatu hadis

- hadis muallaq
- hadis mursal
- hadis munqathi
- hadis muaddhal
- hadis mudallah
- hadis mursal khafi

ii) dhaif kerana kehilangan syarat ‘adalah. Take note juga istilah dibawah yang mengisyaratkan kedhaifan suatu hadis

- Hadis maudhu
- Hadis matruk
- Hadis mungkar
- Hadis dhaif
- Hadis dhaif jiddan
iii)dhaif kerana hilang syarat dhabit. Take note juga istilah dibawah yang mengisyaratkan kedhaifan suatu hadis

- Hadis mudraj
- Hadis maqlub
- Hadis musohhaf
- Hadis mudthorib

Maaf kerana tidak menghuraikan satu per satu ini kerana ianya memakan masa yang panjang serta memerlukan tenaga yang lebih. Untuk mengetahui lebih lanjut banyak buku yang membincangkan hal ini lebih dalam lagi. apa yang saya buat hanyalah sebagai salah satu langkah untuk memudahkan orang awam seperti saya mengenal pasti isyarat kedhaifan sesuatu hadis bukan untuk menilai/mengkaji/mengeluar
kan hadis secara teknikal.

3)
hadis hasan. Hadis yang dibawah peringkat sahih tetapi masih boleh digunakan untuk berhujah serta beramal dengannya


c) Pembahagian hadis
mengikut sandaran

1)
Hadis Qudsi : Apa sahaja hadis yang maknanya datang daripada Allah s.w.t tetapi lafaznya daripada Rasulullah s.a.w. Biasanya bunyi hadis qudsi adalah seperti berikut. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t berfirman ..................

2)
hadis Marfu’ : hadis yang disandarkan kepada nabi baik perkataan, perbuatan atau pengakuan baik bersambung sanadnya atau tidak

3)
hadis Mauquf : hadis yang disandarkan kepada sahabat. ianya merupakan fatwa para sahabat. hadis mauquf juga dikenali sebagai atsar.

4)
hadis maqtu : hadis yang disandarkan kepada tabi’in dan tabi’ tabi’in sama ada perkataan perbuatan atau pengakuan

Penutup

Ilmu istilah hadis amat penting bagi semua umat islam tidak kisah sama ada mereka yang mengambil pengkhususan agama ataupun orang awam seperti saya. Untuk mereka yang mengambil pengkhususan agama istilah amat penting untuk memastikan keabsahan suatu hadis serta mengeluarkan hadis secara teknikal. Bagi orang awam pula istilah ini penting untuk kita mengetahui isyarat-isyarat ulama tentang kedhaifan suatu hadis semasa kita membaca kitab-kitab fiqh dan hadis. Belajar ilmu hadis sangat penting untuk membezakan kesahihan sesuatu hadis sebelum kita beramal dengannya. Imam sufyan ats-sauri berkata (sanadnya bersambung di almadeenah.com .. ^_^ ) malaikat adalah penjaga langit manakala ahli hadis adalah penjaga bumi. Ali al-madini ketika mengulas hadis berkaitan thaifah al-mansurah (kelompok yang ditolong) dia berkata

هم أهل الحديث


Maksud : menurutku mereka adalah ahli hadis. (lihat sunan tirmizi hadsi 2229

Imam Ahmad berkata tentang hadis tersebut :

إن لم يكونوا أهل الحديث فلا أدري من هم


Maksud : kalau bukan ahli hadis aku tidak tahu lagi siapa mereka itu (lihat sahih Muslim, No 1920)

Imam syafie berkata bergaullah kamu dengan ahli hadis kerana amalan mereka lebih tepat.

sekian sahaja ilmu ringkas berkaitan tentang istilah-istilah hadis. Semoga bermanfaat. Semoga Allah memberi kita hidayah dan taufiq untuk kita terus beramal kepadanya.

0 comments:

Dengan Nama Allah. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya memohon pertolongan dan keampunan daripadaNya, kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan kejelekan amalan - amalan kita, barangsiapa yang Allah beri petunjuk, tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali hanya Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah
There was an error in this gadget

Friends

 

©Copyright 2011 My Life & Love | TNB